Friday, November 27, 2009

MUT MUT TUMBUHAN AJAIB!






MUNGKIN kita tak pernah dengar tentang Mut-Mut ini, apatah lagi melihatnya. Mut-Mut adalah tumbuhan ajaib yang tumbuh di dalam air zam-zam dan telah dikenal pasti sebagai tumbuhan yang boleh menjadi penawar penyakit dengan izin Allah swt.

Mut-Mut ini juga mempunyai kelebihan sejak turun temurun dan kini diwarisi oleh Abang Din atau lebih dikenali sebagai Din Siam. Menurut Abang Din, Mut-Mut ini diwarisi sejak empat keturunan dari moyangnya turun ke datuknya, dari datuknya turun ke ayahnya dan kini Din Siam diberi tanggung jawab untuk menjaga Mut-Mut ini dan menjalankan perubatan secara tradisional.

Moyang kepada Din Siam ini telah membawa balik Mut-Mut ini dari Mekah ketika tinggal di sana dan kini di jaga dengan baik tanpa ada sebarang kekurangan. Yang paling lama dalam simpanan Din Siam ialah berusia 103 tahun.

Telah dikenal pasti dan terbukti keberkesanannya ialah Mut-Mut ini menjadi penawar ajaib bagi pelbagai penyakit seperti lelah, semput, sakit dada, batuk , kencing manis, darah tinggi, terkena buatan guna-guna ataupun sihir dan banyak lagi. Bagi wanita pula, sekiranya mereka mengalami masalah seperti senggugut, haid tidak teratur, keputihan dan ingin awet muda, Mut-Mut ini adalah mujarab untuk masalah anda itu.

Menurut Din Siam, Mut-Mut ini juga laris dikalangan wanita yang ingin kelihatan cantik dan sentiasa muda. Hanya minum sesudu pagi dan sesudu sebelum tidur, Insya Allah Mut-Mut ini akan membantu anda mencapai keinginan agar kelihatan muda dan menawan.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Mut-Mut ini, sila hubungi 016-6431033 untuk buat temujanji untuk mendapatkan penawar ajaib ini. Atau hantarkan pesanan anda ke NO.13, JALAN PEGAGA 2, TAMAN MERDEKA, 75350 BATU BERENDAM, MELAKA